Home    Technology    Nano

 

Teknologi Nano

 

 

 

Nano bermaksud sesuatu yang sangat kecil. Teknologi Nano adalah perkembangan teknologi dalam skala nanometer, biasanya 0,1 sampai 100 nm (satu nanometer sama dengan satu perseribu mikrometer atau satu persejuta milimeter). Istilah ini kadangkala diterapkan ke teknologi sangat kecil.

 

Apabila sesuatu struktur, peralatan atau sistem wujud dalam skala nanometer, ciri- ciri bahan tersebut boleh berubah, dan membolehkan perkara- perkara yang unik dihasilkan. Contohnya, sesuatu ubat boleh dijadikan lebih effektif dan lebih kuat, makanan yang boleh tahan lebih lama dan mengubah struktur makanan supaya lebih bernutrisi, penghasilan  barangan yang lebih fleksibel dan sebagainya.

 

Teknologi Nano dikatakan mempunyai potensi untuk mempengaruhi setiap sudut kehidupan, dari produk consumer, penggunaan tenaga , perubatan dan lain- lain.

 

Menurut Consumer Product Safety Commision (CPSC) di Amerika Syarikat, jumlah barangan dan produk yang menggunakan teknologi nano dikatakan akan meningkat pada tahun – tahun yang akan datang.

 

Setiap hari, terdapat satu barangan baru yang dihasilkan melalui teknologi nano. Teknologi Nano dikatakan dapat membawa pelbagai faedah kepada konsumer. Ia boleh diaplikasikan di dalam sektor sektor seperti nanostruktur, elektronik dan komunikasi, perubatan, alam sekitar, penggunaan tenaga, barangan konsumer, dan automotif

 

 

 

Home / About Us / Business / Our Products / Testimony / Gallery / Contact us

Follow Us on:

 

 Copyright © 2015 - 2016 T3 Success Global. All rights reserved. Developed by Braderweb.com